Saturday, 10 May 2014

Gajah Oh Gajah

Assalamualaikum...

Hye Uolls...haha...hari ni i tetiba rajin nak menulis.dh lama nak update blog tapi disebabkan kemalasan yang melampau blog aku ni pun terbiar sepi jeww.haha...ok.enough part merepek.Untuk entry nie aku nak story mory pasal gajah.Ok.pada suatu hari ahad yang aku dah tak ingat tarikh nya bila and aku malas nak cek kat calender,class kitorang ada trip pergi Kuala Gandah,Pahang.Mungkin ramai juga yang tak tahu apa yang ada kat sini.Ok...kat sini ialah penempatan untuk gajah2.haha...haih...kenapa lah aku rasa ayat aku mcm tak kena je hari ni.tapi xpe lah aku teruskan juga nak mengupdate blog.

Kat Kuala Gandah ni adalah tempat di mana gajah yang dah xde tempat tinggal atau anak-anak gajah yang dh xde parents ditempatkan.Kesian kan gajah-gajah ni.Orang ramai kalau nak tengok gajah boleh la datang ke sini.kat sini kita boleh tengok gajah mandi kat sungai,bagi gajah makan,tangkap gambar dengan gajah atau belai2 gajah.walaupun aku sendiri takut nak belai2 gajah tu.hahahaha...


Ni muka excited nak tengok gajah.hahaha...yelah...first time la katakan nak tengok gajah real depan mata.Datang kat sini aku dapat banyak ilmu baru mengenai gajah.Gajah ni walaupun fizikal nya besar tapi hati kecik jugak tau.hahaha...sebab diorang ni pun haiwan yang mudah sensitif.


Sebelum kita jumpa gajah haruslah berposing sakan dulukan.hehehe...gambar ni menyimpan seribu satu kenangan tau.kalau rindu boleh tengok gambo.Kat belakang tempat kitorang bergambar tu macam pelik sikit kan sebab tempat ni tengah dalam proses renovation.Tapi kitorang diberi layanan istimewa sebab kitorang boleh masuk kat bahagian yang tengah di renovate tu.hahaha...Kat situ dia macam tempat-tempat untuk informasi pasal gajah.


Tengokkkk...ada gajah.hahaha...gajah-gajah ni ada masa je diorang klua nak entertain pelancong.lepas tu diorang balik semula ke tempat tinggal diorang.disebabkan aku cakap tadi kitorang diberi layanan istimewa so kitorang dibawa ke tempat kandang gajah-gajah ni.Gajah-gajah ni pun ada macam-macam nama tau uolls.jangan ingatkan kita ada nama.ada yang nama Siti la,Baby la...hahaha...comel sangat.


Anak gajah ni tengah menyusu.comel sangat weiii...haha...aku excited je tengok anak gajah.lepas habis dua botol susu pun nak mintak lagi.pandai pulak tu.anak gajah tu kait botol susu kat tangan penjaga dia guna belalai sebab nak lagi.hahaha...


Amik gambo ramai-ramai memang wajib kalau dah pegi trip nie.hehehe...Kitorang balik petang tu masing-masing dah bau macam gajah jugak.hahaha...tapi seronok.Ok lah...sampai di sini je lah coretan aku untuk kali nie.aku rasa ayat aku macam merapu lah.haha...

#WELOVEFOREST

Assalamualaikum...

Monday, 7 April 2014

Back To Nature

Assalamualaikum...


Yeayyy...cuti mid sem is on.haha...jangan tak tau uolls yang budak2 UPM tengah cuti nie.Tapi aku masih tersadai kat dalam bilik.Petang2 macam nie tetiba pulak ada mood nak update blog.Petang nie cuaca mendung nak hujan.Nasib baiklah aku sempat selamatkan telekung2 aku dijemuran.haha...Apa ceta pasal baju je ni kan.Okayyy2....Back to my topic.Hari ini aku nak cerita pasal keindahan hutan.Selalu orang cerita pasal tempat-tempat menarik kat Malaysia atau oversea.Tak banyak yang berminat nak menerokai hutan-hutan yang menarik kat Malaysia.Hari biar aku membawa anda ke suatu dimensi yang lain yang membuatkan kita rasa tenang bila datang tempat macam nie.adeh!Over pulak aku nie kan.Ayat bukan main puitis lagi.Hikhik...Hari jumaat yang lepas kitorang pergi buat amali dekat Ayer Hitam Forest Reserved dekat Puchong,Selangor.Korang jangan ingat kat selangor ini dah takde hutan tau.Hutan Ayer Hitam nie lah green lung untuk selangor kata pensyarah yang mengajar aku.Perjalanan UPM ke hutan nie dalam 40 minit sahaja so tak sempat la nak tido2 ke apa ke kan.haha...Kat sini kitorang tido kat chalet je.Sebab sebahagian hutan ini adalah dibawah jagaan UPM untuk tempat penyelidikan dan pembelajaran so adlah kemudahan parsarana yang disediakan..Bila sampai je ku hutan ini rasa tenang je.Jauh dari kesibukan kota raya.Hirup udara yang segar je.Ya Allah,besar nikmat Allah untuk kita.Hari pertama kitorang tak buat apa2 pun just dengar taklimat untuk amali keesokan harinya.Kat sini kitorang buat amali under dua subjek iaitu subjek Dendrology dan Ekologi Hutan.




Yeay...muka2 excited baru sampai hutan.haha...Gambar kat atas tu masa kitorang nak bergerak ke tempat penginapan masing-masing.Keesokan harinya kitorang dag start buat amali untuk subjek Dendrology dulu.Dendrology ini kitorang belajar mengenal pokok melalui character-character yang ada kat pokok tu.Itu yang kitorang belajar secara general lah.Kalau nak terang lebih-lebih pun nanti korang tak paham plak kan.haha...Tido malam sejuk sangat kat sini.Dah lama tak merasai suasana malam kat hutan kan.Mandi pun menggigil satu badan.Sejuk sangat.haha...Hutan kat Ayer Hitam ni jenisnya adalah low land forest yang banyak dihuni oleh pokok dipterocarp.Dipterocarp ini adalah pokok-pokok keras yang bernilai untuk pembalakan.Sekarang ini musim pokok-pokok berbunga kat hutan.Kat tempat lain pun dah macam koreakan dengarnya kan.


Diatas adalah sebahagian pokok-pokok kat hutan yang berbunga dan berbuah.Tak sempat nak snap pokok lain sebab banyak sangat.hehe...Lagipun second day tu kitorang busy sangat nak mengenali dan menghafal 30 species pokok.Malamnya tu pulak ada kuiz.memang agak memenatkan fizikal dan mental.Third day and last day pulak kitorang buat amali untuk subjek Ekologi Hutan.Untuk amali ini kitorang kena buat plot kat satu kawasan dan kira species pokok kat dalam kawasan tu.Yang ini memang mencabar.haha...Sebab kitorang tak tau apa nama pokok-pokok yang terlibat tu so kena lah buat pengecaman pokok.Jadinya dua subjek yang kitorang belajar ini ada kaitannya antara satu sama lain.Dahlah guna hardhat,rasa macam engineer kat site plak.haha...perasan la jadi engineer kejap.



Kat Hutan Ayer Hitam ini terkenal dengan Blue Lagoon.Apa pulak blue lagoon tu kan??Blue lagoon nie adalah sungai yang airnya kebiru-biruan.Ya Allah,memang cantik sangat.Indah sangat ciptaan Allah nie.Masuk hutan je kita boleh nampak macam2 kebesaran Allah S.W.T.Air sungai kat hutan jernig sangat.Airnya pun sejuk.Lepas je kitorang abis buat amali semua pakat-pakat nak g mandi kat blue lagoon.hehe...





Macam-macam gelagat budak-budak ni.haha...Ada yang nk buat aksi ala-ala penerjun negara la...Tapi first trip bebudak hutan awesome sangat.hehe...Cuma satu je yang aku tak berkenan bila masuk hutan ni.P.A.C.A.T.yang ini memang aku buat protection lebih.Guna stokin panjang,pastu letak getah sayur kat kaki.haha...Tapi mungkin lepas ini ada juga aku akan kene benda alah nie.haha...






Bakal-bakal forester.Insyaallah...Bila nak balik pun semua dah excited sebab semua dah penat.semua nak balik umah nak top up balik energy yang hilang.haha...Ok lah,sampai disini sahajalah aku menulis.kalau ada ceta best aku nak kongsi aku akan muncul balik.haha...



#WELOVEFOREST

Assalamualaikum...

Thursday, 3 April 2014

Shopping Online

Assalamualaikum...

Hye uollss...haha...hari ini cuaca sejuk sebab hujan.Tapi aku sedeyyy sebab tak sempat nak selamatkan baju-bajuku yang tersadai kat ampaian.huhu...Hanya mampu meredhai baju-bajuku basah.Cewah!over pulak aku ini kan.haha....Padahal boleh je lagi kering esok.Dah2 lah aku merepek pasal hidup aku hari ini.haha...Hari ini aku agak rajin nak menulis dan berkongsi cerita iaitu hobi baru aku.haha...tapi kalau aku jadikan hobi ini sebagai hobi utama memang aku dah tak masuk akal.hahaha...Nak tau tak apa hobi baru aku tu???Aku tak payah cakap pun korang dah tau kan bila tengok tajuk kat atas tu.Okayyy...Aku dah maju sikit sebab aku dah guna internet untuk membeli barang.Okayyyy...tak kelakar langsungkan sebab mungkin aku adalah orang2 yang terakhir dan boleh dianggap kuno sebab sebelum nie tak pernah pun shopping online.hahaha...Padahal shopping online ini dah lama orang buat kut.Tapi xpe lah sebab sekurang-kurangnya aku dah tak kuno lagi.kih...kih....Barang pertama yang aku beli melalui internet adalah beg untuk hiking atau nama lain yang kitorang bagi beg nak masuk hutan.Beg ini memang penting kat aku sebab aku ambik course perhutanan so sudah semestinya aku akan banyak buat trip masuk ke hutan.Kalau korang tak boleh banyangkan beg ini xpe sebab aku akan sertakan sekali gambar beg tu.sudah menjadi kewajiban untuk meletakakn gambar di dalam blog ye uolls...barulah blog tu menarik sikit kan.hehehe...





Tadaaaa.....hahaha....kaler hijau tu.Haruslah aku memilih kaler kegemaranku kan.hehehe...Beg sangat memudahkan kita sebab banyak ruang nak simpan barang.Nak bawak balik kampung pun boleh beg ini.Dan bermacam-macam saiz yang kita boleh dapat.Xpe2...nanti kat bawah aku akan bagi link facebook untuk beg ini.Boleh la korang usha2 yang mana berkenan dan boleh tengok harga jugak.Manalah tahu korang berminatkan.Service diorang pun memang tip top.Saya suka.Okayyy...lepas tu aku beli barang yang kedua pulak.Setakat ini semua barang yang aku beli merupakan keperluan bukan semata-mata untuk kemahuan.Mesti korang tahu kan apa beza keperluan dan kemahuan.So tak payah aku susah-susah terang kat sini ye.hehehe...Yang ini aku tak nak cerita dulu tapi aku nak tunjuk gambar dulu.jeng...jeng....




Tadaaa sekali lagi.hihihi...Aku beli telekung.Telekung ini sesuai untuk dibawa travel sebab nama pun Telekung Travel.Tengok beg telekung tu pun kecil molek saiznya.Kain telekung tu selesa sangat bila guna.Memandangkan aku akan selalu travel dan beg pun bukan nya besar sangat sesuai sangatlah aku bawak telekung ini pergi mana-mana.Tak memerlukan ruang yang besar nak simpan.Walau dimana saja kita berada solat tu penting.Kalau nak bawak kat hand beg pun sesuai sangat telekung ini.Atau nak simpan kat dalam kereta.Sebab kadang-kadang telekung yang disediakan kat tempat-tempat solat tak mencukupikan so boleh lah guna telekung sendiri.Lagi selesa.Ini pun aku order melalu facebook jugak.Sekarang ini macam-macam kita boleh dapat kat facebook kan.Paling comel diorang hantar telekung ini sekali dengan senaskah Yasin.




Comel je kan cover depan Yasin tu.Pink pulak tu.Pada pandangan aku shopping online sangat memudahkan.Kita tak payah la penat2 nak cari barang tu kat kedai.Tak payah nak bersesak-sesak ngan orang ramai.Tapi tulah kalau shopping online nie tak boleh nak pilih2 atau pegang2 barang yang kita nak tu.Tapi dalam kita sakan bershoping online tu hati-hati jugak ye.Sebab kadang-kadang kita tak tahu ada je orang nak mengambil kesempatan menipu kita.Perbuatan-perbuatan yang macam nie boleh bagi effect yang yak baik kat peniaga-peniaga online.Nanti orang tak nak percaya dah nak beli-beli online ni.





Tak dilupakan gambo penaja.hik...hik....saja je nak menggedik kan.Kat luar hujan lagi.Okayyy la...samapai disini sahaja coretan aku pada petang ini.Tak tau dah nak tulis apa.Tadi macam banyak je aku nak tulis.Tetiba je idea dah hilang.hahaha...Jumaat ini aku dah start amali kat hutan.Tapi permulaan ini kat Hutan Ayer Hitam kat Selangor ini juga.Saja nak bagitau...hik..hik..


Cek this link kalau nak usha telekung-telekung comel...hihih..https://www.facebook.com/TelekungKareful

Kalau nak usha beg untuk g travel boleh cek this link:
https://www.facebook.com/deuter.magandang?fref=ts

Assalamualaikum...

Sunday, 30 March 2014

Buku Novel Novel

Assalamualaikum...

hi,im back.hahaha....setelah meledani hari hari yang membosankan dengan hati yang tabah aku mengambil keputusan untuk meng'update' blog ku ini.Hari nie aku rasa nak kongsikan pasal salah satu hobi aku yang memanglah aku sangat suka ngan hobi nie.hahaha...nampak macam ayat aku ayat merepek la.Tapi mesti korang pun tahu bila tengok tajuk kat atas tu kan.hehehe...yeah!aku sangat suka membaca novel.Hobi ini telah aku minati sejak zaman dolu2 lagi ye.Ini semua kakak aku punya pasal.hehehe...eyh2...sesedap rasa je aku nak salahkan kakak aku kan.Padahal hobi membaca ni hobi yang baik.Walaupun aku suka baca novel,tapi aku boleh dapat ilmu2 baru melalui novel.Korang jangan ingat ceta kat novel nie sekadar kisah2 percintaan yang sweet2 dan dipenuhi ranjau yang berliku.Kalau korang berpandangan sebegitu,you are totally wrong.hahaha...Memanglah dalam novel ni banyak mengisahkan kisah2 percintaan,tapi disamping tu jugak ada ilmu2 yang diselitkan oleh penulis.Penulis2 novel nie kebanyakannya semua mempunyai tahap pelajaran yang tinggi tau.Aku respect la orang yang menulis novel nie sebab banyak betul idea diorang sampai boleh menghasilkan sebuah novel yang tebal2 jgak.Gambar dibawah adalah merupakan antara koleksi2 novel yang aku ada.Tapi kalau dekat rumah banyak lagi lah novel2 yang ada tapi banyak kakak i yang punya lah.hehehe...


Salah satu penulis yang mendapat tempat di hatiku sekarang ialah Evelyn Rose.Alaaa...yang penulis novel Wedding Breaker.Mesti korang kenalkan sebab novel tu pun dh diadaptsasikan menjadi sebuah drama yang disiarkan di TV3 suatu ketika dahulu.ahahaha...Aku suka cara beliau menulis kerana cara penulisan yang cukup santai.Kisah2 yang beliau ceritakan juga sangat menarik dan banyak ilmu2 baru tang boleh kita pelajari.Haaa...korang jangan tak tau plak bahawasanya Evelyn Rose dah ada PhD tau.Walaupun sibuk dengan kehidupan sebagai student beliau boleh membahagikan masa dengan dunia penulisan.Kalau nak menghasilkan sebuah novel ni memang memerlukan masa.Aku dah ada dua karya Evelyn Rose ni.Tak ada dalam gambar ialah novel 13 Jam A380.

Selain Evelyn Rose ni pun banyak lagi penulis2 novel yang mempunyai karya2 yang cukup hebat.Contohnya,Norhayati Ibrahim,Rehan Makhtar dan bnyak lagi lah.hehehe...kalau nak cerita semua kat sini kang panjang berjela-jela plak blog aku ni.Lagipun tak larat lah nak tulis semua.hehehe...kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut boleh la mintak tolong dengan pak cik google.sekarang nie semua boleh google je kan.Tapi jangan percaya semua yang ada dalam internet tu ye sebab bukan semua boleh percaya pun.Pandai2 lah pilih mana satu berita atau artikel yang betul ye.

Terserlah kegedikan i kt dalam gambar tu kan.hahaha...ini assingment bi punya pasal sampai aku tangkap gambar macam tu.hahaha...Nampaknya samapai di sini sajalah cerita aku hari ini.Kalau ada cerita menarik lagi aku update blog ye.hihi...sebelum berundur aku sertakan sekali link2 facebook barkaitan dengan novel.hehehe...

https://www.facebook.com/Penulisan2u

https://www.facebook.com/Alaf21

https://www.facebook.com/pages/Kakinovel/243064478506

Cek out this page baby.:)
Assalamualaikum....

Sunday, 16 March 2014

My Beutiful Days

Assalamualaikum.....

Ermmm....rasanya dah lama tak menulis because i dont have any idea apa nak tulis.Then busy sebab sem baru dah start.Yeayyy....hahaha...sekarang aku dah semester 2 but still first year.hahaha...Walaupun semester baru dah start lama,almost sebulan kot.hehehe...Aku try nak adapt ngan suasana baru.Oh ya....my result untuk semester 1 boleh2 je.Alhamdulillah lepas 3.hehe...semester nie kena usaha lebih sikit walaupun subjek2 yang terlibat agak mencabar minda and fizikal.Alhamdulillah juga sebab hari nie bumi Serdang khususnya bumi UPM dibasahi hujan.Salah satu nikmat yang Allah beri.Syukur....Agak lama jugak hujan tak turun and cuaca panas sangat sampai hutan2 pun terbakar.Ok....i dont know nak tulis apa exactly.Sebab banyak sangat nak tulis last2 merapu je lebih.hahaha....2 minggu lagi dah cuti mid sem.Seriously cepat sangat masa berlalu sampai tau2 je dah nak cuti.Tapi sebelum cuti kitorang ada trip 3 hari.Macam best je kan tapi disebalik trip nie ada sad story.huhuhuh.....Nak tau apa?Meh aku story mory sikit.hehehe...Exactly my college,Kolej13 akan ada MGP stand for Malam Gemilang Putra and aku ngan 2 orang kawan dah masuk jadi AJK protokol.And paling sedihnya kitorang dah join reherseal untuk majlis tu selama 4 hari.And suddenly kami dapat tau masa MGP tu kitorang ada trip.So dengan berat hati kami pun terpaksalah tarik diri.And now kitorang dah jadi AJK yang fleksibel because semua kerja kitorang boleh buat.




Gambar di atas adlah USHER2 yang tak jadi.hahaha...Oh yaaaa....aku lupa nak cerita,Nie cerita yang paling penting sekali.My roomate dah quit study.Sebab dia dapat SPA Pegawai Imigresen.Congrats untuk IKA.heee....Kitorang dapat tau berita nie beberapa hari sebelum semester baru bermula.Memang agak mengejutkan tapi sebab itu rezeki Ika.Aku agak rapat dengan Ika masa semester 1 dulu so aku merasa agak kehilangan.sobs....sobs....But its okay sebab aku ada ramai lagi roomate yang baik2.hehehe...WE WILL MISS YOU IKA:) and I LOVE MY ROOMATES AND FRIENDS SOOO MUCH:)


Tu lah Ika.hehe..oh yaa....sampai di sini dahulu coretan ku sebab minggu nie aku ada exam.Ready otak nak menghafal terminology dan species2 pokok.hahaha...chaiyok2 tu myselfr and my classmate.Dah2...sudah2 lah tu ber blogger.

Assalamualaikum...

#PRAYFORMH370

Wednesday, 11 December 2013

Hidup harus gembira

Assalamualaikum.....

Waaaa....dah lama aku tak menulis di blog ku ini.And today tetiba plak aku rajin.hahahaha.....exactly baru lepas view blog Fatin Liyana.I like her blog.So,aku pun konon2 nya nak membloggerkan diri.hehehe...eyh,ayat apa entah dh klua ni.tu la pasal,dah lama sangat tinggal sekolah menengah.Bahasa melayu pun jadi tunggang tebalik.Ini kalau cikgu bahasa melayu baca ni konfem dapat markah telur ayam.hihihi....Okay!Apa point aku sebetulnya ye????Macam dah merapu plak aku tengok ni.Exactly aku story mory pasal event hidup aku semenjak menjak ni.Macam kat aku punya tajuk tu pun dah boleh agak yang hidup aku sekarang ni happy.hehehehe....Walaupun busy sebagai seorang pelajar UPM.Ceh...perlu ke aku highligt UPM tu.Opkossssss la kan.Im proud to be part of UPM.hehehehe...Semalam pun aku and teman-teman pergi berjoli ke sumway pyramid.Konon-kononnya nak main ice skating la pergi sana.Tapi hampeh je kan.Ramai gilerrr kot manusia-manusia yang main ice skating.Tapi logik arrr ramai sebab 11.12.13 adalah birthday Sultan Selangor.Itu bermakna Selangor tengah cuti la.hahaha...Jadi kitorang pun batalkan hasrat nak main ice skating.Memandangkan aku pun TERORlah sangat main ice skating,jatuh standard main ngan ramai-ramai orang ni.hehehehe...Plan nak main ice skating dah batal,jadi plan bertukar pegi memanah plak.Tapi aku tak join sekaki.Aku jadi penonton and jurugambar yang tak berapa nak professional.hehehehe...

Bergaya yer akak-akak and abang berposing.hehehe...

Pastu bagaikan kanak-kanak kitorang masuk plak tempat game.Konon-kononnya nak release tension la tu.ahahaha...Kami main bagaikan tak hengat dunia.hahaha...Terus plak lupa yang keesokan harinya tu kitorang ada test subjek Pertanian dan Manusia.Dengan report yang tak siap lagi dan tengah tersadai kat dalam bilik,aku dengan selamba badak sumbunya boleh klua hang out kat Sunway kan.hahaha...Kelas kau AZMA! Anyway,hidup ni kene la selalu happy kan.Tak oleh tension-tension selalu.Tak elok untuk kesihatan ye.hehehe...Lepas solat asar je,kitorang pun blah dari situ untuk cari makan.perut pun dah lapar kan.Tapi sebelum tu aku pun sempat la nak snap2 gambar kan.hehehe...



Im fall love in unicorn...:')

Gambar gedikss je kan.Nak juga amik gambar ngan unicorn.ahaha...Well...Kitorang makan kat Restoran Murni.Makanan kat situ boleh tahan sedap.Air nya lagi sedap.And nama menu pun comel-comel je.Macam comel je...hehehe.Aku makan Nasi Goreng Maryland dengan air Three Layer Tea.Nyum...nyum....Sedap uolss.Try la makan kat sana.hehehe...Lokasi cari sendiri yer.hehehe...Okayyy lah.Sebelum aku merapu panjang-panjang,baik aku sudahi cerita ku ini.hehehe...Lupa nak bagitau,kitorang nak ke Sunway pun guna GPS kau...wp driver kitorang tu memang dok KL.haha....ye...ye....abis dah ni.tata...titu...

Assalamualaikum...





Friday, 27 September 2013

Hari Yang Sungguh Boring.

                                                          Assalamualaikum.
Agak lama jugak aku tak menjenguk blog ku ini ya.Sebenarnya aku tak tau nak story apa.Tu yang aku senyap je tu.AHAHAHA...Aku just nak merepek je malam ni.Entry yang merepek repek dan entah hahape.Itu menujukkan yang kepala otak aku tengah serabut la tu.HAHAHA...serabut pasal apa aku pun tak tau.nak cakap assingment bertimbun tak jugak sebab aku sangatlah free.HAHAHA...aku stay up ni pun sebab aku nak wish birthday kawan aku.HEHEHE...aku kan kawan yang baik lagi comel.Okayyy lah.Aku nak cakap tu je.HEHEHE...