Thursday, 3 April 2014

Shopping Online

Assalamualaikum...

Hye uollss...haha...hari ini cuaca sejuk sebab hujan.Tapi aku sedeyyy sebab tak sempat nak selamatkan baju-bajuku yang tersadai kat ampaian.huhu...Hanya mampu meredhai baju-bajuku basah.Cewah!over pulak aku ini kan.haha....Padahal boleh je lagi kering esok.Dah2 lah aku merepek pasal hidup aku hari ini.haha...Hari ini aku agak rajin nak menulis dan berkongsi cerita iaitu hobi baru aku.haha...tapi kalau aku jadikan hobi ini sebagai hobi utama memang aku dah tak masuk akal.hahaha...Nak tau tak apa hobi baru aku tu???Aku tak payah cakap pun korang dah tau kan bila tengok tajuk kat atas tu.Okayyy...Aku dah maju sikit sebab aku dah guna internet untuk membeli barang.Okayyyy...tak kelakar langsungkan sebab mungkin aku adalah orang2 yang terakhir dan boleh dianggap kuno sebab sebelum nie tak pernah pun shopping online.hahaha...Padahal shopping online ini dah lama orang buat kut.Tapi xpe lah sebab sekurang-kurangnya aku dah tak kuno lagi.kih...kih....Barang pertama yang aku beli melalui internet adalah beg untuk hiking atau nama lain yang kitorang bagi beg nak masuk hutan.Beg ini memang penting kat aku sebab aku ambik course perhutanan so sudah semestinya aku akan banyak buat trip masuk ke hutan.Kalau korang tak boleh banyangkan beg ini xpe sebab aku akan sertakan sekali gambar beg tu.sudah menjadi kewajiban untuk meletakakn gambar di dalam blog ye uolls...barulah blog tu menarik sikit kan.hehehe...





Tadaaaa.....hahaha....kaler hijau tu.Haruslah aku memilih kaler kegemaranku kan.hehehe...Beg sangat memudahkan kita sebab banyak ruang nak simpan barang.Nak bawak balik kampung pun boleh beg ini.Dan bermacam-macam saiz yang kita boleh dapat.Xpe2...nanti kat bawah aku akan bagi link facebook untuk beg ini.Boleh la korang usha2 yang mana berkenan dan boleh tengok harga jugak.Manalah tahu korang berminatkan.Service diorang pun memang tip top.Saya suka.Okayyy...lepas tu aku beli barang yang kedua pulak.Setakat ini semua barang yang aku beli merupakan keperluan bukan semata-mata untuk kemahuan.Mesti korang tahu kan apa beza keperluan dan kemahuan.So tak payah aku susah-susah terang kat sini ye.hehehe...Yang ini aku tak nak cerita dulu tapi aku nak tunjuk gambar dulu.jeng...jeng....




Tadaaa sekali lagi.hihihi...Aku beli telekung.Telekung ini sesuai untuk dibawa travel sebab nama pun Telekung Travel.Tengok beg telekung tu pun kecil molek saiznya.Kain telekung tu selesa sangat bila guna.Memandangkan aku akan selalu travel dan beg pun bukan nya besar sangat sesuai sangatlah aku bawak telekung ini pergi mana-mana.Tak memerlukan ruang yang besar nak simpan.Walau dimana saja kita berada solat tu penting.Kalau nak bawak kat hand beg pun sesuai sangat telekung ini.Atau nak simpan kat dalam kereta.Sebab kadang-kadang telekung yang disediakan kat tempat-tempat solat tak mencukupikan so boleh lah guna telekung sendiri.Lagi selesa.Ini pun aku order melalu facebook jugak.Sekarang ini macam-macam kita boleh dapat kat facebook kan.Paling comel diorang hantar telekung ini sekali dengan senaskah Yasin.




Comel je kan cover depan Yasin tu.Pink pulak tu.Pada pandangan aku shopping online sangat memudahkan.Kita tak payah la penat2 nak cari barang tu kat kedai.Tak payah nak bersesak-sesak ngan orang ramai.Tapi tulah kalau shopping online nie tak boleh nak pilih2 atau pegang2 barang yang kita nak tu.Tapi dalam kita sakan bershoping online tu hati-hati jugak ye.Sebab kadang-kadang kita tak tahu ada je orang nak mengambil kesempatan menipu kita.Perbuatan-perbuatan yang macam nie boleh bagi effect yang yak baik kat peniaga-peniaga online.Nanti orang tak nak percaya dah nak beli-beli online ni.





Tak dilupakan gambo penaja.hik...hik....saja je nak menggedik kan.Kat luar hujan lagi.Okayyy la...samapai disini sahaja coretan aku pada petang ini.Tak tau dah nak tulis apa.Tadi macam banyak je aku nak tulis.Tetiba je idea dah hilang.hahaha...Jumaat ini aku dah start amali kat hutan.Tapi permulaan ini kat Hutan Ayer Hitam kat Selangor ini juga.Saja nak bagitau...hik..hik..


Cek this link kalau nak usha telekung-telekung comel...hihih..https://www.facebook.com/TelekungKareful

Kalau nak usha beg untuk g travel boleh cek this link:
https://www.facebook.com/deuter.magandang?fref=ts

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment