Monday, 7 April 2014

Back To Nature

Assalamualaikum...


Yeayyy...cuti mid sem is on.haha...jangan tak tau uolls yang budak2 UPM tengah cuti nie.Tapi aku masih tersadai kat dalam bilik.Petang2 macam nie tetiba pulak ada mood nak update blog.Petang nie cuaca mendung nak hujan.Nasib baiklah aku sempat selamatkan telekung2 aku dijemuran.haha...Apa ceta pasal baju je ni kan.Okayyy2....Back to my topic.Hari ini aku nak cerita pasal keindahan hutan.Selalu orang cerita pasal tempat-tempat menarik kat Malaysia atau oversea.Tak banyak yang berminat nak menerokai hutan-hutan yang menarik kat Malaysia.Hari biar aku membawa anda ke suatu dimensi yang lain yang membuatkan kita rasa tenang bila datang tempat macam nie.adeh!Over pulak aku nie kan.Ayat bukan main puitis lagi.Hikhik...Hari jumaat yang lepas kitorang pergi buat amali dekat Ayer Hitam Forest Reserved dekat Puchong,Selangor.Korang jangan ingat kat selangor ini dah takde hutan tau.Hutan Ayer Hitam nie lah green lung untuk selangor kata pensyarah yang mengajar aku.Perjalanan UPM ke hutan nie dalam 40 minit sahaja so tak sempat la nak tido2 ke apa ke kan.haha...Kat sini kitorang tido kat chalet je.Sebab sebahagian hutan ini adalah dibawah jagaan UPM untuk tempat penyelidikan dan pembelajaran so adlah kemudahan parsarana yang disediakan..Bila sampai je ku hutan ini rasa tenang je.Jauh dari kesibukan kota raya.Hirup udara yang segar je.Ya Allah,besar nikmat Allah untuk kita.Hari pertama kitorang tak buat apa2 pun just dengar taklimat untuk amali keesokan harinya.Kat sini kitorang buat amali under dua subjek iaitu subjek Dendrology dan Ekologi Hutan.




Yeay...muka2 excited baru sampai hutan.haha...Gambar kat atas tu masa kitorang nak bergerak ke tempat penginapan masing-masing.Keesokan harinya kitorang dag start buat amali untuk subjek Dendrology dulu.Dendrology ini kitorang belajar mengenal pokok melalui character-character yang ada kat pokok tu.Itu yang kitorang belajar secara general lah.Kalau nak terang lebih-lebih pun nanti korang tak paham plak kan.haha...Tido malam sejuk sangat kat sini.Dah lama tak merasai suasana malam kat hutan kan.Mandi pun menggigil satu badan.Sejuk sangat.haha...Hutan kat Ayer Hitam ni jenisnya adalah low land forest yang banyak dihuni oleh pokok dipterocarp.Dipterocarp ini adalah pokok-pokok keras yang bernilai untuk pembalakan.Sekarang ini musim pokok-pokok berbunga kat hutan.Kat tempat lain pun dah macam koreakan dengarnya kan.


Diatas adalah sebahagian pokok-pokok kat hutan yang berbunga dan berbuah.Tak sempat nak snap pokok lain sebab banyak sangat.hehe...Lagipun second day tu kitorang busy sangat nak mengenali dan menghafal 30 species pokok.Malamnya tu pulak ada kuiz.memang agak memenatkan fizikal dan mental.Third day and last day pulak kitorang buat amali untuk subjek Ekologi Hutan.Untuk amali ini kitorang kena buat plot kat satu kawasan dan kira species pokok kat dalam kawasan tu.Yang ini memang mencabar.haha...Sebab kitorang tak tau apa nama pokok-pokok yang terlibat tu so kena lah buat pengecaman pokok.Jadinya dua subjek yang kitorang belajar ini ada kaitannya antara satu sama lain.Dahlah guna hardhat,rasa macam engineer kat site plak.haha...perasan la jadi engineer kejap.



Kat Hutan Ayer Hitam ini terkenal dengan Blue Lagoon.Apa pulak blue lagoon tu kan??Blue lagoon nie adalah sungai yang airnya kebiru-biruan.Ya Allah,memang cantik sangat.Indah sangat ciptaan Allah nie.Masuk hutan je kita boleh nampak macam2 kebesaran Allah S.W.T.Air sungai kat hutan jernig sangat.Airnya pun sejuk.Lepas je kitorang abis buat amali semua pakat-pakat nak g mandi kat blue lagoon.hehe...





Macam-macam gelagat budak-budak ni.haha...Ada yang nk buat aksi ala-ala penerjun negara la...Tapi first trip bebudak hutan awesome sangat.hehe...Cuma satu je yang aku tak berkenan bila masuk hutan ni.P.A.C.A.T.yang ini memang aku buat protection lebih.Guna stokin panjang,pastu letak getah sayur kat kaki.haha...Tapi mungkin lepas ini ada juga aku akan kene benda alah nie.haha...






Bakal-bakal forester.Insyaallah...Bila nak balik pun semua dah excited sebab semua dah penat.semua nak balik umah nak top up balik energy yang hilang.haha...Ok lah,sampai disini sahajalah aku menulis.kalau ada ceta best aku nak kongsi aku akan muncul balik.haha...



#WELOVEFOREST

Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment